Monday, May 6, 2013

Inilah nasib mereka :(

Assalamualaikum
aku sehat aje (sape tanye ni?) hehehe
saja la nk habaq kt hampa semua..
entri kali ni aku nk mengadu
pasal ayah dan pekerjaannya..

Ya! benar! semua org menganggap
tugas seorang anggota polis sgt byk kejahatannya
berbanding kebaikan..
tapi adakah mereka terpikir adakah itu impiannya??
aku pernah mendengar yg ayah mengakui
kalau diikutkan hati cita2 ayah nak jadi seorang "guru"
tapi kehidupan keluarganya pada ketika itu tidak mungkin
dia dapat menyempurnakan impiannya..(sbb tu ayah nak aku jdi cikgu!)
dan polis pula menjadi kerjaya pilihan terakhirnya.
memang sudah tertakdir disitulah rezekinya..

Lalu aku dilahirkan kedunia sebagai
seorang anak anggota polis..
sikitpun aku tak pernah menyesal..
tapi aku sangat bangga..
kerana dengan mata ini aku melihat
betapa gigihnya ayah bekerja
tanpa mengira siang dan malam
untuk menyara keluarganya..
aku juga melihat bagaimana ayahku
sangat menjaga setiap hasil yg didapatinya
kerana takut keluarganya diberi makan
dengan hasil yg tidak berkat.
aku juga melihat bagaimana ayah  sangat menjaga
amal ibadahnya..
agar dia menjadi 'role model' terbaik untuk keluarganya..

Tiada sape pun pernah bertanya!
bagaimana perasaan mama dan kami
apabila ayah tiada bersama ketika hari raya selang setahun..
ketika semua orang bergembira
bersama keluarga mereka yg lengkap
tapi ayahku perlu menjalankan tugasnya..
ketika semua org boleh bercuti
bersama keluarga di hujung minggu dan cuti semester
tapi kami hanya di rumah..
ketika aku pulang dari universiti
namun ayah jarang kulihat kerana terpaksa menunaikan
amanah yg dipikulnya..

Ya! mungkin mereka tidak tahu..
kerana bukan mereka yg mengalami dan merasainya
aku juga tak layak utk menyalahkan mereka
namun aku berasa sgt terkilan
apabila kerjaya ayahku yg dilaksanakan kerana ALLAH itu
diperkotak-katikkan tanpa mengkaji dengan lebih mendalam.

Betul kata ahli pujangga..
manusia akan lebih menghargai
pengorbanan insan lain
apabila dia merasai dan mengalaminya sendiri :)

~Nota penaja : jangan hanya kerana nila setitik habis rosak susu sekawah :)




No comments:

Post a Comment