Monday, May 6, 2013

Inilah nasib mereka :(

Assalamualaikum
aku sehat aje (sape tanye ni?) hehehe
saja la nk habaq kt hampa semua..
entri kali ni aku nk mengadu
pasal ayah dan pekerjaannya..

Ya! benar! semua org menganggap
tugas seorang anggota polis sgt byk kejahatannya
berbanding kebaikan..
tapi adakah mereka terpikir adakah itu impiannya??
aku pernah mendengar yg ayah mengakui
kalau diikutkan hati cita2 ayah nak jadi seorang "guru"
tapi kehidupan keluarganya pada ketika itu tidak mungkin
dia dapat menyempurnakan impiannya..(sbb tu ayah nak aku jdi cikgu!)
dan polis pula menjadi kerjaya pilihan terakhirnya.
memang sudah tertakdir disitulah rezekinya..

Lalu aku dilahirkan kedunia sebagai
seorang anak anggota polis..
sikitpun aku tak pernah menyesal..
tapi aku sangat bangga..
kerana dengan mata ini aku melihat
betapa gigihnya ayah bekerja
tanpa mengira siang dan malam
untuk menyara keluarganya..
aku juga melihat bagaimana ayahku
sangat menjaga setiap hasil yg didapatinya
kerana takut keluarganya diberi makan
dengan hasil yg tidak berkat.
aku juga melihat bagaimana ayah  sangat menjaga
amal ibadahnya..
agar dia menjadi 'role model' terbaik untuk keluarganya..

Tiada sape pun pernah bertanya!
bagaimana perasaan mama dan kami
apabila ayah tiada bersama ketika hari raya selang setahun..
ketika semua orang bergembira
bersama keluarga mereka yg lengkap
tapi ayahku perlu menjalankan tugasnya..
ketika semua org boleh bercuti
bersama keluarga di hujung minggu dan cuti semester
tapi kami hanya di rumah..
ketika aku pulang dari universiti
namun ayah jarang kulihat kerana terpaksa menunaikan
amanah yg dipikulnya..

Ya! mungkin mereka tidak tahu..
kerana bukan mereka yg mengalami dan merasainya
aku juga tak layak utk menyalahkan mereka
namun aku berasa sgt terkilan
apabila kerjaya ayahku yg dilaksanakan kerana ALLAH itu
diperkotak-katikkan tanpa mengkaji dengan lebih mendalam.

Betul kata ahli pujangga..
manusia akan lebih menghargai
pengorbanan insan lain
apabila dia merasai dan mengalaminya sendiri :)

~Nota penaja : jangan hanya kerana nila setitik habis rosak susu sekawah :)




Friday, May 3, 2013

Arghhhh...tu dia!


Assalamualaikum..
baik lah result kolej kediaman
suda keluar..
ini lah hasilnya...
dapat kolej yang paling jauh di USIM :P

~ Nota penaja : sila senyum dengan lebar ye!



mau nanges! huhuhu

Demam PRU13

Assalamualaikum..
baiklah entri kali ni sangat bermakna
kerana diupdate teros dari rumahku syurgaku :) hahaha

semalam lepas habis je kuliah psikologi pukul 1
aku teros meminta bantuan dri shbt tersayangku
cik hidayah idrus utk m'hntr aku ke ktm nilai
ape lagi merempit la kitaorng..heeee (pdhl bwk slow giler!)
sakit pulak ati aku! hahaha
anyway tq la sesangat (hargai sket bntuan org nabila!) hahaha
maaf la nooo..cheq gegurau ja..

aku pulang bersama shbt lamaku
dari kuis ~~~> ke UM dah skang
seronok sgt...sembng punya sembang
tgk2 dh sampai negeri Perak terchenta suda..

sepanjang perjalanan tu..
waaaaa..terasa sgt meriah
dengan bendera2 tergantung pelbagai warna dan jenama (ecehhhh)
baru kali ini aku dpt merasai suasana pilihanraya yg sbnr..
pilihanraya sblm ni aku masih terkejar2 nak amik SPM..
so time tu AAK jela (ade aku kesah!)
but now sudah melebihi peringkat umor
so..so..so jgn amik mudah lagi
cakna dengan politik!
anda mahasiswa!
hahahahaa (konon!)

bahagia kalau dpt 'bersama' begini :)

memandangkan aku x terambik
gambar di spnjng perjalanan balik smlm
pinjam gmbr dri MR google jelaa.

~ Nota penaja : Pilihlah yang terbaik.. undian anda adalah hak anda :) tiada siapa yg mmpu mengubahnya kecuali diri anda sendiri (kalo sembng mmg berkobar2 je aku!) hahahaha 






Wednesday, May 1, 2013

Bila tiba 1 MEI !!

Assalamualaikum..
sehat??
okehh! senja ni aku mencipta sejarah yg buruk
kerana menghupdate blog di senjakala
bila nak insaf kak oii?? (ape bole buat dik..jiwa akak ni bersarang dh ni??hahaha )
make sure janji ye..pas update ni tros go to toilet (amik smyg) dan solat! (baek2!!)

sebenarnya entri kali ni nk cerita pasal tu tajuk kt ataihh tu!
bace la sndri nooo! hehehe (akak mls nk ulang dh haihhh)

Firstly, selamat hari pekerja
kepada semua rakyat Malaysia..
yang bekerja di sektor kerajaan, swasta, sendirian berhad,
atau atas katil je (tanam anggur! xleh harap)
tak dilupakan ayahanda tercinta (ecehhhh)
bonda juga walaupun hanya di rumah (tetap kerja jgk lah wlupun bkn kerjaya) heeeee

bila tiba(nak skema jgk) je hari pekerja..
teringat zaman kecik2 dolu kala..
pabila melihat sume ayah2 mereka bercuti..
tapi ayah ku tidak berbuat perkara yg sama..
mulut aku yg x reti nk dok diam ni..
asyik tnye kt mak ' mama..mama! nape ayah xboleh cuti?? kakak nk jalan2 jgk mcm dorg!'
tapi mak cuma tersenyum tenang melayan kerenah aku yg xphm bhse ni..hehehe
'kerja ayah x sme mcm ayh dorang??' kata mak
"nape pulak x sama??" tanya aku lagi (ketara minta pelempang) hahahaa
"ayah kena jaga keselamatan sume orang..kalau ayah takde sape nk jaga dorang!" terang mak lagi..
bila m'dgr perkara itu.. tibe2 aku terpikir..
ayah mungkin 'superman' mcm dlm tv tu..
mana ade superman bole berehat (otak blom berkembang mmg cm tu!)

mulai saat itu..
aku sudah x kesah bila kejadian nye
bila tiba 1 Mei..
hari itu tetap sama bagi aku..
smpikan bila ayah aku kena kerja or cuti pun aku x tahu..
walaupun nmpk aku anak yg agak terok.. hahaha
tapi ape boleh buat..
memang beginilah lumrah kehidupan bergelar anak kepada anggota PDRM..
namun aku tetap berbangga..
jika tiada mereka.. bagaimana agaknya nasib negara..

~ nota penaja : Cik Nabilah Alias sgt berbangga dgn En. Alias Salleh .. hehhee <3 <3 <3



kacak pulak kalau ayah aku cam ni!! hahaha



ini pun bole la kacak jgk! *amik hati*.. haha